Dana Bestari Berjaya Jual Enam Juta Unit

KUALA LUMPUR 3 Okt, - Dana Bestari, Dana pendidikan jangka sederhana dan panjang, ASM Mara Unit Trust Management Bhd. (ASM Mara Unit Trust) berjaya mencatat jualan enam juta unit saham bernilai RM2.98 juta pada hari pertama perlancarannya hari ini.

Sambutan menggalakkan itu mendorong ASM Mara Unit Trust menjangkakan sejumlah 30 juta unit saham amanah dana tersebut yang herharga 50 sen seunit akan dilanggan dalam tempoh dua bulan.

Pengerusinya, Dato’ Kamaruddin Mohammed berkata, Dana Bestari adalah dana jangka sederhana dan panjang dengan sasaran pulangan antara lapan hingga 10 peratus.

Dana Bestari merupakan dana yang dilancarkan semula daripada Kumpulan Modal Bumiputera ke-8 (KMB 8) yang asalrya hanya dibuka kepada bumiputera dan diuruskan mengikut kaedah konvensional.

Bercakap selepas majlis pelancaran dana itu di sini, katanya, dana itu kini ditukarkan konsep kepada dana syariah dengan jumlah saiz dinaikkan daripada 20 juta unit kepada 250 juta unit serta dibuka kepada semua kaum.

Menurut Kamaruddin, anggaran pulangan yang disasarkan untuk Dana Bestari adalah lebih daripada apa yang boleh diberikan oleh simpanan tetap.

Selain itu, katanya, kejatuhan pasaran semasa. turut membantu kerana kebanyakan saham kini dijual dengan harga yang rendah. ASM Unit Trust juga telah melantik beberapa pengurus syariah bagi memastikan setiap portfolio pelaburan yang dibuat adalah berlandaskan syariah.

Sementara itu, TimbaIan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapannya berkata, saham amanah di negara ini mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan kepada RM53.8 bilion iaitu bertambah tiga kali ganda berbanding pada tahun 1992. Tetapi, ujarnya, nilai aset bersih saham amanah hanya 10.2 peratus daripada permodalan pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur pada akhir tahun 2001 dan ia jauh lebih rendah daripada yang terdapat di negara-negara maju.

Bagaimanapun, beliau yakin dengan keupayaan industri unit amanah yang mempunyai ruang untuk berkembang selari pertumbuhan negara.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaacob.

Dana Bestari merupakan dana unit amanah dengan pelaburan minimum 100 unit atau RM100 (yang mana lebih dan tiada hak maksimum ditetapkan. Ia juga dipakejkan dengan pakej insurans bagi pelaburan minimum RM1000 dan maksimum RM200,000.00

Pelabur juga diberi pilihan sama ada untuk melabur terus di cawangan jualan atau melalui potongan gaji, debit terus serta mengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pada majlis itu ASM Mara Unit Trust turut memberi penghargaan kepada empat pelabur setia ASM terdiri daripada Raulah Atan, Ruslaini Mohd. Hassan, Mohd Yunus Abdul Razak dan Zainab Hashim.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Mara, Datuk Mohd. Mydin Mohd. Sheriff, Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalmah Abdullah dan Pengeruai Amanah Saham Mara Berhad Raja Datuk Seri Abdul Aziz Raja Salim.