Nik Nor Ermiza Pelabur Awal Dana Bestari (Harian Metro, 4 Oktober 2002)
KUALA LUMPUR: Penuntut tahun satu Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Nik Nor Ermiza Mustafa, yang menghidap penyakit tulang rapuh sejak kecil menjadi antara pelabur pertama unit saham amanah Dana Bestari yang dilancarkan sernalarn.
Dana unit amanah saham itu diuruskan ASM Mara Unit Trust Management Berhad, dilancarkan dengan setiap unit ditawarkan pada harga 50 sen seunit.
Nik Nor Ermiza membuat pelaburan RM2,500 atau 5,000 unit hasil sumbangan orang ramai yang bersimpati dengan nasib yang dialaminya selepas kisahnya dipaparkan di media.
Menurutnya, dia membuat pelaburan itu sebagai simpanan untuk masa depan terutama bagi melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.
"Pelaburan hasil sumbangan ramai ini adalah untuk memastikan saya tidak mengalami masalah kewangan apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi satu hari nanti," katanya di sini, sernalam.