ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-4041 7199 Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
ASM MARA UNIT TRUST UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN TUNAI
4.0 SEN SEUNIT UNTUK KUMPULAN MODAL BUMIPUTERA KE SEPULUH
 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah mengumumkan pengagihan pendapatan bersih sebanyak 4.0 sen seunit kepada pemegang unit Kumpulan Modal Bumiputera Kesepuluh (KMB10). Semua pemegang unit dana tersebut sehingga tahun kewangan berakhir 15 Julai 2003 adalah layak untuk menerima pengagihan pendapatan ini.

Menurut Encik Mansoor Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif ASM MARA Unit Trust, “Para pemegang unit KMB10 akan menerima bayaran tersebut dalam tempoh dua bulan daripada tarikh tahun kewangan berakhir”. Kadar pulangan KMB10 adalah bersamaan dengan 4.66% seunit berdasarkan (NAB) RM0.8583 pada 15 Oktober 2003.

Semua pemegang unit bagi kedua-dua dana ini sehingga tahun kewangan berakhir pada 15 Ogos 2002 adalah layak untuk menerima pengagihan pendapatan ini. ASM MARA Unit Trust merupakan institusi pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada KMB10, ASM MARA Unit Trust juga menguruskan tujuh lagi unit amanah untuk pelabur Bumiputera sahaja, enam dana unit amanah umum, iaitu Dana Al-Aiman, Dana Bestari, ASM Premier Fund, ASM First Public Fund, ASM Index Fund, ASM Balanced Fund serta Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB untuk pekerja dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad dan anak syarikatnya.

 
Disediakan Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Tarikh : 22 Oktober 2003

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 
MARINA GHAZALI
Senior Manager
Human Resource Development and Communications
Amanah Saham Mara Berhad

Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my
asmb@asmb.com.my