ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-4041 7199 Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
PENGAGIHAN PENDAPATAN BERSIH 2.5 SEN SEUNIT UNTUK KMB 5
 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) subsidiari milik penuh Amanah Saham Mara Berhad telah mengumumkan pengagihan pendapatan bersih sebanyak 2.5 sen seunit untuk Kumpulan Modal Bumiputra Yang Kelima (KMB 5) Pemegang unit dana ini sehingga 15 April 2003 adalah layak menerima pengagihan pendapatan ini. Pengagihan pendapatan ini akan dibayar dalam bentuk dividen tunai dalam tempoh dua bulan daripada tarikh tahun kewangan berakhir.

Sejak pelancarannya pada 19 Februari 1971, KMB 5 telah mengeluarkan agihan pendapatan kasar sebanyak 481.84 sen atau pulangan purata kasar sebanyak 15.05 sen setahun. Kadar hasil pengagihan bagi KMB 5 pula ialah 9.67 % berdasarkan pada NAB seunit 0.2586 pada 15 April 2003.

KMB5, telah dilancarkan pada 1971 dengan objektif untuk memberi peluang kepada para pelabur-pelabur bumiputera menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangka masa sederhana dan panjang menerusi pengagihan modal. KMB 5 di kategorikan sebagai dana ekuiti dan sebahagian daripada pendapatan dana, jika ada diagihkan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan selebihnya adalah untuk kenaikan modal. Polisi pelaburan adalah untuk melabur di dalam saham syarikat-syarikat tersiar harga yang disenaraikan di bursa saham Kuala Lumpur (BSKL) dan lain-lain saham bentuk pelaburan yang dibenarkan dan di kenal pasti boleh memberi peluang pendapatan terbaik kepada dana.

ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada KMB 5, ASM MARA Unit Trust turut menguruskan sembilan dana amanah saham Bumiputra dan empat dana saham amanah yang dibuka kepada umum iaitu Dana Al-Aiman, ASM First Public Fund, ASM Premier Fund, ASM Balanced Fund dan Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, dana yang dibuka untuk pekerka-pekerja TNB sahaja.

Menyentuh mengenai program ‘Gandakan Pelaburan Anda’ yang sedang dijalankan oleh ASM MARA Unit Trust, Mansoor Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, “Setakat ini program ‘Gandakan Pelaburan Anda’ mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelabur. Sejak 1 April 2003, jumlah penjualan dana hampir mencecah satu juta ringgit yang mana sebahagian besarnya adalah melalui tempahan penjualan KWSP.”

Melalui Program Gandakan Pelaburan Anda, para pelabur ASM MARA Unit Trust boleh menikmati pengurangan harga di atas pelaburan tetap yang dibuat menerusi Autodebit dan potongan gaji oleh majikan atau menerusi ANGKASA. Bagi pelabur yang melabur menerusi Skim Pelaburan KWSP pula, mereka akan turut mendapat pemberian unit tambahan. Semua pemberian unit percuma ini ditanggung oleh pihak syarikat.

“Selain daripada itu, bagi mendekatkan ASM MARA Unit Trust dengan para pelabur, kami akan menganjurkan Hari Pelanggan pada setiap bulan bermula pada bulan Mei dengan mengadakan beberapa aktiviti menarik yang dapat di manafaatkan oleh para pelabur dan orang ramai.”

 
Disediakan Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Tarikh : 23 April 2003

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 
MARINA GHAZALI
Senior Manager
Human Resource Development and Communications
Amanah Saham Mara Berhad

Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my
asmb@asmb.com.my