ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-4041 7199 Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
ASM MARA UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN DANA AL-AIMAN 5 SEN
 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah mengumumkan pengagihan pendapatan Dana Al-Aiman bagi tahun kewangan berakhir 15 Mei 2004. Semua pemegang unit dana ini akan menerima pengagihan tunai sebanyak 5.0 sen seunit. Pengagihan pendapatan ini akan dibayar dalam bentuk dividen tunai dalam tempoh dua bulan daripada tarikh tahun kewangan berakhir.

Di dalam tempoh setahun Dana Al-Aiman telah mencapai peningkatan harga sebanyak 19.39% berdasarkan NAB RM0.5584 seunit pada 15 Mei 2003 dan harga penutup RM0.6611 NAB seunit pada 15 Mei 2004.

Dana Al-Aiman telah dilancarkan pada 15 Mei 1997 dengan saiz dana yang diluluskan sebanyak 200 juta unit dan dibuka kepada umum. Objektif Dana Al-Aiman ialah memberi peluang kepada pelabur-pelabur menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pengagihan pendapatan (jika ada) dan kenaikan modal. Sebelum ini Dana Al- Aiman di kenali sebagai Kumpulan Modal Bumiputera Pertama dan pelancarannya di buat pada tahun 1969.

ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada Dana Al-Aiman, ASM MARA Unit Trust juga menguruskan lima dana saham amanah lain, iaitu Dana Bestari, ASM Premier Fund, ASM First Public Fund, ASM Index Fund dan ASM Balanced Fund serta sembilan dana saham amanah untuk pelabur Bumiputera sahaja. ASM MARA Unit Trust juga menguruskan Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, sebuah dana unit amanah yang dibuka khusus untuk Tenaga Nasional Berhad.

Menurut Encik Mansoor Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif ASM MARA Unit Trust, “Pada 19 Jun 2004 ASM MARA akan meneruskan perancangannya untuk memperkenalkan program BEEBESTARI serta dana-dana lain termasuk Dana Al-Aiman dengan mengadakan Peraduan Mewarna BEEBESTARI di Ipoh Parade. Orang ramai di jemput hadir bersama keluarga memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti kekeluargaan yang bakal dirancang”.

 
Disediakan Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Tarikh : 15 May 2004

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 
MARINA GHAZALI
Senior Manager
Human Resource Development and Communications
Amanah Saham Mara Berhad

Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my
asmb@asmb.com.my