ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-4041 7199 Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
ASM MARA UNIT TRUST UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN TUNAI BERSIH DAN UNIT PECAHAN BAGI KMB 5
 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah mengumumkan pengagihan pendapatan bersih sebanyak 2.5 sen seunit dan terbitan unit pecahan pada kadar 1 unit untuk setiap 10 unit pegangan untuk KMB 5. Ini bermakna pemegang unit KMB 5 akan menerima sebanyak 10 % unit tambahan kepada setiap unit yang dipegang. Semua pemegang unit KMB5 yang berdaftar pada tahun kewangan berakhir pada 15 April 2004 akan menerima pengagihan pendapatan dan unit pecahan yang diumumkan.

Di dalam tempoh setahun KMB 5 telah memberikan pulangan sebanyak 41.50% dimana nilai aset bersih meningkat daripada RM0.2586 seunit pada 16 April 2003 kepada RM0.3659 seunit pada 15 April 2004. Memandangkan kenaikan harga yang baik dalam jangkamasa tersebut, pihak ASM MARA Unit Trust telah memberi unit tambahan dalam bentuk unit pecahan sebanyak 10% kepada pelabur-pelabur KMB5 seperti dinyatakan di atas.

KMB5 telah dilancarkan pada 1971 dengan objektif untuk memberi peluang kepada para pelabur Bumiputera menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangka masa sederhana dan panjang menerusi pengagihan modal.

ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada KMB 5, ASM MARA Unit Trust turut menguruskan lapan dana unit amanah Bumiputera dan enam dana unit amanah yang dibuka kepada umum iaitu Dana Al-Aiman, ASM First Public Fund, ASM Premier Fund, ASM Balanced Fund, ASM Index Fund, Dana Bestari dan Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, dana yang dibuka untuk pekerja-pekerja TNB sahaja.

Menurut En. Mansoor Ahmad Ketua Pegawai Eksekutif ASM MARA Unit Trust “Baru-baru ini KMB 5 ini telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti untuk meningkatkan saiz tabung dari 20 juta unit ke 50 juta unit. ASM MARA Unit Trust kini sedang menunggu kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Sekuriti untuk meningkatkan saiz dana lain iaitu KMB 10 dan KMB 11.

 
Disediakan Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Tarikh : 15 May 2004

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 
MARINA GHAZALI
Senior Manager
Human Resource Development and Communications
Amanah Saham Mara Berhad

Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my
asmb@asmb.com.my