ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)

 

Tingkat Bawah, Wisma ASMB,

No. 1A, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur.

Tel:  03-4041 7199   Fax:  03-4042 6511

 

 

 

 

KENYATAAN MEDIA

 

 

ASM MARA UNIT TRUST UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN BERSIH 3.25 SEN SEUNIT UNTUK ASM PREMIER FUND 

 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah mengumumkan pengagihan pendapatan  tunai  ASM Premier Fund bagi tahun kewangan berakhir 15 Ogos 2004. Pengagihan tunai  ASM Premier Fund adalah sebanyak 3.25 sen. Semua pemegang unit bagi dana tersebut  yang berdaftar  pada  15 Ogos 2004 adalah layak untuk menerima pengagihan pendapatan tunai ini.

 

ASM Premier Fund  telah menunjukkan  peningkatan modal sebanyak 14.63%  dimana nilai aset bersih  (NAB) telah meningkat kepada  RM0.3572 pada 15 Ogos  2004 berbanding  dengan RM0.3116 pada  tarikh yang sama tahun lalu.  Sementara itu, pulangan pendapatan dana ini adalah pada tahap 10.43%, juga  satu pulangan yang baik berbanding dengan pulangan simpanan di bank.

 

ASM Premier Fund   telah dilancarkan pada 12 Jun 1995 dengan saiz dana yang diluluskan sebanyak 350 juta unit dan dibuka kepada umum. Objektif ASM Premier ialah untuk mencapai pengagihan modal jangka panjang menerusi semua bentuk pelaburan yang dibenarkan dan memberikan pengagihan pendapatan jika ada.

 

Jika dirujuk kepada  “The-Edge Lipper Fund Table” pada 16 Ogos 2004, dalam tempoh setahun tahun ASM Premier Fund pula telah mencatatkan pulangan  sebanyak 19.59% mengatasi pulangan industri sebanyak 13.94%.  Bagi tempoh 3 tahun pula, ASM Premier Fund  mencatatkan pulangan  sebanyak 41.18% mengatasi pulangan industri sebanyak 37.55%.

 

ASM MARA Unit Trust merupakan institusi  pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP.  Selain daripada ASM Premier, ASM MARA Unit Trust juga menguruskan enam  dana saham amanah lain, iaitu Dana Al-Aiman, ASM First Public Fund, ASM Index Fund ,ASM Balanced Fund dan  ASM Dana Mutiara  serta tujuh dana saham amanah untuk pelabur Bumiputera sahaja. ASM MARA Unit Trust  juga menguruskan  Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, sebuah dana unit amanah yang dibuka khusus untuk kakitangan dan syarikat-syarikat di bawah Tenaga Nasional Berhad.

 

 

 

Dikeluarkan oleh : Jabatan Komunikasi Korporat, Amanah Saham Mara Berhad

 

  

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi :

 

MARINA GHAZALI

Pengurus Kanan

Pembangunan Sumber Manusia dan  Komunikasi

Amanah Saham Mara Berhad

 

Tel.:  (03) 4041 7199, samb. 328

Faks.: (03) 40453836

E-mail :  marina@asmb.com.my