![]() |
ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A,
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
|
| KENYATAAN MEDIA |
|
ASM MARA UNIT TRUST UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN 3.25 SEN UNTUK AMANAH SAHAM PEKERJA-PEKERJA TNB
ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Pekerja-pekerja TNB bagi tahun kewangan 30 Ogos 2004. Pemegang unit dana ini akan menerima pengagihan tunai sebanyak 3.25 sen sen seunit. Pengagihan pendapatan ini akan dibayar dalam bentuk dividen tunai dalam tempoh dua bulan daripada tarikh tahun kewangan berakhir.
Di dalam tempoh setahun, peningkatan harga bagi Amanah Saham Pekerja-pekerja TNB ialah 9.85% berdasarkan harga RM0.411 pada 31 Ogos 2003 berbanding harga pada 30 Ogos 2004 yang telah meningkat ke RM0.451. Pulangan pelaburan bagi Amanah Saham Pekerja-Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah pada 9.85%, manakala pulangan pendapatannya ialah 7.8% bagi agihan tunai bersih berdasarkan NAB tarikh-tarikh yang telah disebutkan tadi.
Jika dirujuk kepada ‘The-Edge Lipper Fund Table’ pada 30 Ogos 2004, dalam tempoh setahun, ASPTNB telah mencatatkan pulangan sebanyak 10.45% mengatasi pulangan industri seban yak 7.49%.
Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB telah dilancarkan pada 28 Ogos 1995 khusus untuk pekerja-pekerja, pesara-pesara, ahli-ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pertubuhan-pertubuhan yang dianggotai oleh pekerja-pekerja TNB dan anak syarikat TNB. Objektif utama tabung ini ialah untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pengagihan pendapatan.
ASM MARA Unit Trust merupakan institusi pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, ASM MARA Unit Trust juga menguruskan tujuh dana saham amanah lain, iaitu Dana Al-Aiman, Dana Bestari, ASM Premier Fund, ASM First Public Fund, ASM Dana Mutiara, ASM Index Fund dan ASM Balanced Fund serta tujuh dana saham amanah untuk pelabur Bumiputera sahaja.
Dikeluarkan oleh : Jabatan Komunikasi Korporat, Amanah Saham Mara Berhad
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi :
MARINA GHAZALI Pengurus Kanan Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi Amanah Saham Mara Berhad
Tel.: (03) 4041 7199, samb. 328 Faks.: (03) 40453836 E-mail : marina@asmb.com.my |