ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)

 

Tingkat Bawah, Wisma ASMB,

No. 1A, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur.

Tel:  03-4041 7199   Fax:  03-4042 6511

 

 

 

 

KENYATAAN MEDIA

 

 

ADIK-ADIK  BEEBESTARI MELAWAT PETROSAINS

 

Kuala Lumpur, 25 Ogos 2004- ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) hari ini menganjurkan program ‘BEETOUR’ di Petrosains KLCC untuk ahli BEEBESTARI. Seramai 40 orang ahli BEEBESTARI berusia di antara 6 hingga 12 tahun menyertai lawatan ini.

 

Di Petrosains, ahli BEEBESTARI telah melawat Stesen Arif, Petrojaya, Diorama Geomasa, lawatan dan  Pertunjukan Sains di Stesen Sains 1, Lawatan ke Eksplorasi, Galeria, Simulator Helikopter & Pelantar Minyak, Hiliran Pertunjukan Sains di Stesen Sains 2, lawatan ke Dunia Molekul Nano, Metre City Stesen Sains 3, Arifoto, Perjalanan sekilas “Dark Ride” dan lawatan ke XPLORASI dan “Scene To Believe”.

 

BEETOUR merupakan salah satu daripada 5 aktiviti yang ditawarkan kepada ahli BEEBESTARI. Ia merupakan program lawatan ke tempat-tempat menarik yang diaturkan untuk ahli BEEBESTARI. Lawatan ke Petrosains ini  merupakan salah satu usaha ASM MARA Unit Trust untuk memberikan pendedahan mengenai sains dan teknologi agar mereka dapat  mempelajari sesuatu yang bermanfaat dan memenuhi masa lapang di musim cuti sekolah ini.

 

ASM MARA Unit Trust juga telah mengedarkan Bendera Jalur Gemilang kepada setiap ahli BEEBESTARI semasa lawatan bagi menghayati erti kemerdekaan sempena bulan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 47  pada 31 Ogos 2004 ini.

 

BEEBESTARI telah dilancarkan pada 3 April 2004 dan  merupakan  program untuk anak-anak pelabur Dana Bestari. Objektifnya ialah untuk memberi pendedahan awal tentang  unit amanah kepada generasi muda dan menawarkan pelbagai aktiviti berfaedah yang dapat dimanfaatkan oleh mereka. Untuk menyertai BEEBESTARI, ibu-bapa hanya perlu melabur ke dalam Dana Bestari dan anak-anak mereka boleh  menjadi ahli BEEBESTARI dengan yuran hanya RM25. Setiap ahli BEEBESTARI  akan menerima kad keahlian BEEBESTARI, hadiah BEEBESTARI, kemeja-T, buletin BEEBESTARI dan berpeluang menyertai aktiviti yang dianjurkan. Bagi mereka yang melabur  RM1,000  ke atas, keahlian BEEBESTARI akan diberikan percuma.

 

Semasa musim cuti sekolah yang lalu, ahli-ahli BEEBESTARI telah dibawa melawat ke Muzium Negara dan berpeluang menyertai aktiviti mengawet spesimen rama-rama serta mempelajari mengenai khazanah sejarah yang berada di dalam simpanan Muzium Negara.

 

ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan unit amanah dan kini menguruskan 15 buah dana. Tujuh buah dana unit amanah yang diuruskan dibuka kepada umum,  iaitu Dana Bestari, Dana Al-Aiman, ASM Premier Fund, ASM First Public Fund, ASM Index Fund ,ASM Balanced Fund dan  ASM Dana Mutiara  serta tujuh dana saham amanah untuk pelabur Bumiputera sahaja. Sebuah lagi dana yang diuruskan iaitu Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB  dibuka khusus untuk kakitangan dan syarikat-syarikat di bawah Tenaga Nasional Berhad. Selain itu , ASM MARA Unit Trust merupakan institusi  pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. 

 

 

 

Dikeluarkan oleh : Jabatan Komunikasi Korporat, Amanah Saham Mara Berhad

 

  

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi :

 

MARINA GHAZALI

Pengurus Kanan

Pembangunan Sumber Manusia dan  Komunikasi

Amanah Saham Mara Berhad

 

Tel.:  (03) 4041 7199, samb. 328

Faks.: (03) 40453836

E-mail :  marina@asmb.com.my