ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)

Tingkat Bawah, Wisma ASMB, No. 1A, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur

Tel:  03-4041 7199   Fax:  03-4042 6511

 

 

 

KENYATAAN MEDIA

 

 

ASM MARA UNIT TRUST UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN KMB3 DAN KMB4

 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) subsidiari milik penuh Amanah Saham Mara Berhad telah mengumumkan pengagihan pendapatan bersih sebanyak 8.0 sen seunit dan terbitan  unit pecahan pada nisbah 1.0607 bagi setiap 2 unit pegangan  untuk Kumpulan Modal Bumiputera ke Tiga (KMB3). Ini bermakna pemegang unit KMB 3 akan menerima sebanyak 53.04 %  unit tambahan kepada setiap dua unit yang dipegang. 

 

Di dalam tempoh setahun KMB 3 telah memberikan pulangan  sebanyak  24.15% dimana nilai aset bersih meningkat daripada RM1.2219 seunit pada 16 Jun 2003 kepada  RM1.2219 seunit pada 15 Jun   2004. 

 

Bagi Kumpulan Modal Bumiputera Ke Empat (KMB4) pula,  pihak syarikat telah mengisytiharkan   pengagihan pendapatan sebanyak  9 sen dan  pengisytiharan unit pecahan sebanyak 2.0958 unit bagi setiap 1 unit dipegang.  Ini bermakna pemegang unit KMB 4 akan menerima  sebanyak 209.58% unit tambahan kepada setiap satu unit yang dipegang. 

 

Pulangan pelaburan KMB 4 dalam masa setahun pengagihan pendapatan adalah bersamaan dengan 21.92% dimana nilai aset bersih meningkat daripada RM1.2660 seunit pada 16 Jun 2003 kepada  RM1.5435 seunit pada 15 Jun   2004. 

 

Semua pemegang unit KMB3 dan KMB 4 yang berdaftar pada  tahun kewangan berakhir pada 15 Jun 2004 akan menerima pengagihan pendapatan dan unit  pecahan yang diumumkan.

 

KMB 3 dan KMB 4, masing-masing telah dilancarkan pada 1 November 1969 dan 2 Februari 1970.  Kedua-dua dana ini mempunyai objektif  untuk memberi peluang kepada para pelabur Bumiputera menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangka masa  sederhana dan panjang  menerusi pengagihan modal.

 

Ketua Pegawai Eksekutif ASM MARA Unit Trust, Encik Mansoor Ahmad berkata, “Pulangan pelaburan KMB 3 dan KMB 4 ini masing-masing  pada tahap 25.29%  dan 22.725%. iaitu  lebih tinggi daripada pulangan pasaran (indeks komposit) Bursa Saham Malaysia 19.32%. “

 

ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP.  Selain daripada KMB 3 dan KMB 4, ASM MARA Unit Trust turut menguruskan lapan dana amanah saham Bumiputra dan 6  dana amanah saham yang dibuka kepada umum iaitu; Dana Al-Aiman, Dana Bestari ,ASM Index Fund, ASM First Public Fund, ASM Premier Fund, ASM Balanced Fund dan Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, dana yang dibuka untuk pekerja-pekerja TNB sahaja.

 

 

 

Disediakan oleh :  Jabatan  Komunikasi Korporat

Tarikh                 :  17 Jun 2004

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

 

MARINA GHAZALI

Pengurus Kanan ,  Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi

Amanah Saham Mara Berhad

Tel:  03-4041 7199 Samb. 328

Fax:  03-40453836, EMAIL : marina@asmb.com.my