ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB, No. 1A, Jalan Lumut, 50400 Kuala Lumpur
Tel: 03-4041 7199 Fax: 03-4042 6511
KENYATAAN MEDIA
ASM MARA UNIT TRUST UMUM PERTUKARAN NAMA KMB 4 KEPADA ASM DANA MUTIARA
ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) subsidiari milik penuh Amanah Saham Mara Berhad telah mengumumkan pertukaran nama dana Kumpulan Modal Bumiputera Keempat (KMB4) kepada ASM Dana Mutiara dan telah dibuka kepada umum mulai 26 Jun 2004.
Objektif ASM Dana Mutiara ialah untuk memberi peluang kepada para pelabur menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangka masa sederhana dan panjang menerusi pelaburan dalam pasaran ekuiti dan sekuriti berpendapatan tetap yang berlandaskan prinsip syariah.
Melalui ASM Dana Mutiara, pelabur boleh melabur untuk kegunaan masa hadapan mereka dan di dalam masa yang sama mendapat perlindungan insurans Takaful secara percuma yang di tanggung oleh ASM MARA Unit Trust. Perlindungan Insurans Takaful ini merangkumi perlindungan Insurans Penyakit Kanser seperti penyakit-penyakit yang lazimnya dihidapi oleh kaum wanita seperti kanser payudara, rahim, serviks dan saluran falopian. Selain itu, para pelabur yang layak juga akan mendapat perlindungan kematian dan keilatan kekal.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ASM MARA Unit Trust, Encik Mansoor Ahmad “KMB4 dahulunya telah di lancarkan pada 2 Februari 1970 dan hanya terbuka kepada Bumiputera sahaja tetapi dengan pertukaran nama dana ini kepada ASM Dana Mutiara, ASM MARA Unit Trust membuka peluang pelaburan kepada semua kaum untuk melabur dan menukar dana ini kepada dana berkonsepkan syariah. Kami juga mensasarkan pelaburan ASM Dana Mutiara ini kepada kaum wanita bagi membantu mereka membuat perancangan pelaburan yang teratur. Tujuan kami ialah untuk memperkasakan kaum wanita dalam menguruskan kewangan mereka sendiri.
ASM Dana Mutiara akan di lancarkan pada 5 Ogos 2004. Sempena pelancaran ASM Dana Mutiara ini, para pelabur-pelabur baru yang membeli di dalam tempoh sebulan dari tarikh pelancaran akan mendapat diskaun harga sebanyak 1.0% manakala pelabur sediaada yang membeli di dalam tempoh berikut akan mendapat diskaunharga sebanyak 1.5%.
ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada, ASM Dana Mutiara, ASM MARA Unit Trust turut menguruskan tujuh dana unit amanah Bumiputera dan tujuh unit amanah yang dibuka kepada umum lain iaitu ASM First Public Fund, Dana Al-Aiman, Dana Bestari, ASM Premier Fund, ASM Balanced Fund, ASM Index Fund serta Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB iaitu dana yang dibuka untuk pekerja-pekerja TNB sahaja.
Disediakan oleh : Jabatan Komunikasi Korporat
Tarikh : 14 Julai 2004
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
MARINA GHAZALI
Pengurus Kanan , Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836, EMAIL : marina@asmb.com.my