ASM
MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
KENYATAAN MEDIA
PENGAGIHAN
PENDAPATAN BERSIH 2.0 SEN SEUNIT UNTUK ASM FIRST PUBLIC FUND
ASM
MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) subsidiari
milik penuh Amanah Saham Mara Berhad telah mengumumkan pengagihan
pendapatan bersih sebanyak 2.0 sen seunit untuk ASM First
Public Fund. Pemegang unit dana ini pada 30 April 2005 adalah
layak menerima pengagihan pendapatan ini. Pengagihan pendapatan
ini akan dibayar dalam bentuk dividen tunai dalam tempoh dua
bulan daripada tarikh tahun kewangan berakhir.
Di dalam tempoh setahun ASM First Public Fund telah mencapai
peningkatan harga sebanyak 33.58% berdasarkan NAB RM0.2135
seunit pada 30 April 2003 dan harga penutup RM0.2852 NAB seunit
pada 30 April 2004.
Sejak pelancarannya pada 20 April 1992, ASM First Public
Fund telah mengeluarkan agihan pendapatan kasar sebanyak 60.44
sen atau pulangan purata kasar sebanyak 5.49sen setahun. Kadar
hasil pengagihan bagi ASM First Public Fund pula ialah 9.37
% berdasarkan pada NAB seunit 0.2134 pada 28 April 2003.
ASM First Public Fund telah dilancarkan pada 1992 dengan
objektif untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur menikmati
pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangka masa
sederhana dan panjang menerusi pengagihan pendapatan (jika
ada) dan kenaikan modal. Polisi dana ialah untuk melabur dalam
saham-saham syarikat yang tersiar harga yang disenaraikan
di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL ) dan lain-lain bentuk pelaburan
yang di benarkan dan dikenalpasti boleh memberi peluang pendapatan
terbaik untuk dana.
ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang
diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada ASM
First Public Fund, ASM MARA Unit Trust turut menguruskan tujuh
dana unit amanah Bumiputera dan enam dana unit amanah yang
dibuka kepada umum iaitu Dana Al-Aiman, Dana Bestari, ASM
Premier Fund, ASM Balanced Fund, ASM Index Fund, ASM Dana
Mutiara dan Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, dana yang dibuka
untuk pekerja-pekerja TNB sahaja.
Di dalam usaha menggalakkan orang ramai melabur, terutamanya
di kalangan generasi muda, ASM MARA Unit Trust sedang menjalankan
progam BEEBESTARI melalui Pertandingan Mewarna BEEBESTARI
dan Pertandingan Bintang Karaoke BEEBESTARI dan membuka kauntuer
di lokasi-lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia.
Disediakan
Oleh
: Jabatan
Komunikasi Korporat
Tarikh
: 2
Mei 2005
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
MARINA GHAZALI
Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad