ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
ASM MARA UNIT TRUST UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN AMANAH SAHAM PEKERJA-PEKERJA TNB 3.54 SEN
 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Pekerja-pekerja TNB bagi tahun kewangan 30 Ogos 2005. Pemegang unit dana ini akan menerima pengagihan tunai sebanyak 3.54 sen sen seunit. Pengagihan pendapatan ini akan dibayar dalam bentuk pengagihan tunai dalam tempoh dua bulan daripada tarikh tahun kewangan berakhir.

Pulangan pelaburan setahun bagi Amanah Saham Pekerja-Pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah pada 7.72% berdasarkan harga RM0.4210 pada 31 Ogos 2004 berbanding harga pada 30 Ogos 2005 yang telah meningkat ke RM0.4240.

Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB telah dilancarkan pada 28 Ogos 1995 khusus untuk pekerja-pekerja, pesara-pesara, ahli-ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pertubuhan-pertubuhan yang dianggotai oleh pekerja-pekerja TNB dan anak syarikat TNB. Objektif utama tabung ini ialah untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pengagihan pendapatan.

ASM MARA Unit Trust merupakan institusi pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, ASM MARA Unit Trust juga menguruskan tujuh dana saham amanah lain, iaitu Dana Al-Aiman, Dana Bestari, ASM Premier Fund, ASM First Public Fund, ASM Dana Mutiara, ASM Index Fund dan ASM Balanced Fund serta tujuh dana saham amanah untuk pelabur Bumiputera sahaja.

 
Disediakan Oleh : Jabatan Komunikasi Korporat
Tarikh : 13 September2005

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 


MARINA GHAZALI

Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad

Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my aniz@asmb.com.my