ASM
MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
KENYATAAN MEDIA
ASM
MARA UNIT TRUST UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN 14 SEN BAGI KMB
6
ASM
MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah
mengumumkan pengagihan pendapatan kasar sebanyak 14 sen seunit
dan unit pecahan sebanyak 3.11 unit bagi setiap 1 unit pegangan
untuk KMB6. Ini bermakna pemegang unit KMB 6 akan menerima
lebih 300% unit tambahan kepada setiap unit yang dipegang.
Semua pemegang unit dana tersebut sehingga tahun kewangan
berakhir 15 Julai 2005 adalah layak untuk menerima pengagihan
pendapatan ini.
KMB 6 telah menunjukkan pulangan pelaburan setahun sebanyak
7.11% berdasarkan nilai aset bersih pada awal tahun kewangan
sebanyak RM1.9692. Pulangan ini adalah lebih tinggi berbanding
kebanyakan pulangan daripada kadar simpanan tetap setahun
sebanyak 3.70% dan pulangan setahun KLSI indeks syariah sebanyak
4.56%.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah Eksekutif ASM
MARA Unit Trust, Encik Mansoor Ahmad “ KMB6 merupakan
salah satu daripada 7 dana yang dibuka kepada Bumiputera sahaja,
manakala 7 dana lain dibuka kepada umum dan sebuah dana yang
diuruskan untuk para pekerja TNB. Buat masa ini kami sedang
menunggu kelulusan untuk melancar semula KMB6 menjadi ASM
Syariah Aggressive Fund dengan menukar objektif dana dan seterusnya
membuka dana ini kepada umum. Setakat ini kami telahpun mendapatkan
kelulusan daripada para pelabur KMB6 untuk melancar semula
dana ini.”
Tambah Mansoor lagi, “Walaupun berlakunya kenaikan
harga minyak, kami menjangkakan prospek pasaran tempatan akan
stabil sehingga penghujung tahun 2005 dan ianya memberikan
petunjuk yang baik kepada industri unit amanah. Antara faktor
yang boleh diambil kira ialah, penawaran kadar faedah yang
rendah di dalam industri akan membuatkan pasaran pelaburan
terutamanya pelaburan di dalam saham ekuiti akan menjadi pilihan
para pelabur. Seperti contohnya, kadar pulangan purata untuk
stok komponen KLCI dianggarkan sebanyak 3.9% hingga 4% untuk
tahun 2005 dan kadar ini ialah lebih tinggi jika dibandingkan
dengan Kadar Polisi Semalaman yang ditetapkan sebanyak 2.7%.
Keduanya ialah lebihan kecairan di dalam sistem perbankan
akan menyebabkan kadar faedah semakin rendah. Misalnya sehingga
penghujung April 2005, lebihan kecairan tersebut berjumlah
RM130.1 billion. Seterusnya ialah jika polisi tambatan ringgit
dinilai semula atau di tukar, ianya akan menggalakkan kemasukan
dana asing dan ini ternyata akan mewarnai aktiviti pasaran
semasa.
Kata Mansoor lagi, jika KMB6 mendapat kelulusan dan dilancar
semula menjadi ASM Syariah Aggressive Fund, kami percaya dana
ini akan memberikan pulangan yang lebih baik daripada pulangan
Kadar Polisi Semalaman.
ASM MARA Unit Trust merupakan salah satu institusi pengurusan
dana yang diluluskan untuk skim pelaburan KWSP.
Disediakan
Oleh
: Jabatan
Komunikasi Korporat
Tarikh
: 20
Julai 2005
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
MARINA GHAZALI
Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad