ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
ASM MARA UNIT TRUST UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN TUNAI BERSIH 5.5 SEN  UNTUK KMB7 DAN KMB DANA PERTUMBUHAN
 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah mengumumkan pengagihan pendapatan tunai bersih sebanyak 5.5 sen seunit kepada pemegang unit Kumpulan Modal Bumiputera Yang Ketujuh (KMB 7) dan KMB Dana Pertumbuhan, berbanding pada tahun lepas sebanyak 5.0 sen.

KMB 7 di lancarkan pada 28 Disember 1972 dan dibuka kepada golongan bumiputera. Objektif utama KMB 7 ialah untuk memberi peluang kepada pelabur-pelaburnya menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dan mencapai kenaikan modal di dalam jangkamasa sederhana dan panjang. Pulangan pelaburan KMB7 adalah sebanyak 5.56% berdasarkan pada harga di awal tahun kewangan sebanyak RM0.9883.

Bagi KMB Dana Pertumbuhan, pengagihan tunai bersih sebanyak 5.5 sen ini telah memberikan pulangan pelaburan dana sebanyak 5.35% berdasarkan pada harga awal tahun kewangan, RM0.9915. Dana Pertumbuhan juga dilancarkan pada 28 Disember 1972 dengan objektifnya untuk untuk memberi peluang kepada pelabur-pelaburnya mencapai kenaikan modal dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pelaburan dalam saham-saham berdaya maju dan pengagihan pendapatan (jika ada) adalah sampingan kepada kenaikan nilai modal.

Menurut Penolong Pengurus Besar Operasi ASM MARA Unit Trust, Cik Rahimah Karim “ASM MARA Unit Trust sentiasa berusaha untuk memberikan pulangan yang berpatutan kepada para pelaburnya. Pada tahun lepas sahaja, ASM MARA Unit Trust telah mengagihkan dividen sebanyak RM28 juta kepada pemegang 15 tabung yang diuruskan oleh kami”.

Beliau turut menambah bahawa ASM MARA Unit Trust merancang untuk melancarkan tiga buah tabung pada tahun ini.

ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada KMB 7 dan KMB Dana Pertumbuhan, ASM MARA Unit Trust turut menguruskan lima lagi dana amanah saham Bumiputra dan 7 dana amanah saham yang dibuka kepada umum iaitu; Dana Al-Aiman, Dana Bestari ,ASM Index Fund, ASM First Public Fund, ASM Premier Fund, ASM Balanced Fund dan Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, dana yang dibuka untuk pekerja-pekerja TNB sahaja.

 

 
Disediakan Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Tarikh : 20 Februari 2005

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 

MARINA GHAZALI

Senior Manager
Human Resource Development and Communications
Amanah Saham Mara Berhad
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my, asmb@asmb.com.my