ASM
MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
KENYATAAN MEDIA
ASM
MARA UNIT TRUST UMUM 4.7 SEN UNTUK DANA BESTARI DAN 3.56 SEN
UNTUK ASM PREMIER FUND
ASM
MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah
mengumumkan pengagihan pendapatan kasar Dana Bestari dan ASM
Premier Fund bagi tahun kewangan berakhir 15 Ogos 2005. Pengagihan
pendapatan kasar Dana Bestari adalah sebanyak 4.7 sen seunit
dan ASM Premier Fund sebanyak 3.56 sen seunit.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Eksekutif ASM MARA
Unit Trust, Encik Mansoor Ahmad, “Dana Bestari telah
memberikan pulangan pendapatan pelaburan selama setahun sebanyak
9.70% setahun.”
Dana Bestari merupakan dana syariah yang sesuai digunakan
sebagai pelaburan untuk memulakan dana pendidikan anak-anak.
Bagi pelaburan RM1,000 ke atas, para pelabur akan mendapat
manafaat perlindungan Takaful yang dibiayai sepenuhnya oleh
ASM MARA Unit Trust dan nilai perlindungan bergantung kepada
nilai asset bersih pelaburan (atau NAV). Perlindungan ini
diberikan ke atas kematian atau keilatan kekal pelabur dan
jumlah maksima pelaburan adalah RM200,000.00. Selain itu,
anak-anak pelabur Dana Bestari berusia 6 hingga 12 tahun berpeluang
menjadi ahli BEEBESTARI dan menyertai pelbagai aktiviti melalui
program BEECOLOUR, BEEKARAOKE, BEETOUR, BEEBULETIN DAN BEESMART.
Sejak awal tahun ini, BEEBESTARI telah menjelajahi beberapa
lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia dan menganjurkan pertandingan
mewarna BEEBESTARI dan Pertandingan Bakat BEEBESTARI untuk
orang ramai, khasnya ahli BEEBESTARI.
Mansoor Ahmad turut menambah, “ASM Premier Fund pula
memberi pulangan pendapatan pelaburan dana sebanyak 10.12%
setahun. Di asaskan kepada nilai aset bersih pada 15 Ogos
2004 iaitu pada nilai RM0.3212.
Saiz dana ASM Premier Fund ialah 350 juta unit dan dibuka
kepada umum. Objektif ASM Premier ialah untuk mencapai pengagihan
modal jangka panjang menerusi semua bentuk pelaburan yang
dibenarkan dan memberikan pengagihan pendapatan jika ada.
Disediakan
Oleh
: Jabatan
Komunikasi Korporat
Tarikh
: 16
Ogos 2005
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
MARINA GHAZALI
Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad