ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
ASM MARA UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN DANA AL-AIMAN 4 SEN SEUNIT
 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah mengumumkan pengagihan pendapatan Dana Al-Aiman bagi tahun kewangan berakhir 15 Mei 2005. Semua pemegang unit dana ini akan menerima pengagihan tunai sebanyak 4.0 sen seunit. Pengagihan pendapatan ini akan dibayar dalam bentuk tunai dalam tempoh dua bulan daripada tarikh tahun kewangan berakhir.

Di dalam tempoh setahun, nilai asset bersih seunit Dana Al-Aiman menunjukkan peningkatan sebanyak 2.54% berdasarkan NAB RM0.6018 seunit pada 15 Mei 2004 dan harga penutup RM0.6171 seunit pada 15 Mei 2005.

Walaubagaimanapun, pulangan dalam bentuk pendapatan adalah lebih tinggi pada kadar 6.65% berdasarkan kepada pengagihan pendapatan 4 sen berbanding dengan NAB RM0.6018 pada awal tahun kewangan dana.

Menurut Encik Mansoor Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif ASM MARA Unit Trust,
“ Dana Al-Aiman telah memenangi Anugerah Standard and Poor awal tahun ini bagi pencapaian Dana Al-Aiman selama 10 tahun di dalam katogeri Equity Syariah.”

Dana Al-Aiman telah dilancarkan pada 15 Mei 1997 dengan saiz dana yang diluluskan sebanyak 200 juta unit dan dibuka kepada umum. Objektif Dana Al-Aiman ialah memberi peluang kepada pelabur-pelabur menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pengagihan pendapatan dan kenaikan modal. Sebelum ini Dana Al- Aiman di kenali sebagai Kumpulan Modal Bumiputera Pertama dan pelancarannya dibuat pada tahun 1968.

ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada Dana Al-Aiman, ASM MARA Unit Trust juga menguruskan enam dana saham amanah lain yang dibuka kepada umum iaitu Dana Bestari, ASM Premier Fund, ASM First Public Fund, ASM Index Fund dan ASM Balanced Fund, ASM Dana Mutiara serta tujuh dana saham amanah untuk pelabur Bumiputera sahaja. ASM MARA Unit Trust juga menguruskan Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, sebuah dana unit amanah yang dibuka khusus untuk Tenaga Nasional Berhad.

 
Disediakan Oleh : Jabatan Komunikasi Korporat
Tarikh : 16 Mei 2005

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 


MARINA GHAZALI

Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad

Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my aniz@asmb.com.my