ASM
MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
KENYATAAN MEDIA
ASM
MARA Unit Trust Umum Pengagihan Pendapatan Tunai Bersih Bagi
ASM Index Fund
ASM
MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah
mengumumkan pengagihan pendapatan tunai sebanyak 3.0 sen bersih
untuk ASM Index Fund. Pengagihan ini merupakan pulangan pendapatan
pelaburan sebanyak 6.38% dikira berdasarkan kepada nilai asset
bersih dana pada awal tahun kewangan. Semua pemegang unit
ASM Index Fund pada akhir tahun kewangan 15 Mac 2004 akan
menerima pengagihan pendapatan ini dalam masa dua bulan.
ASM Index Fund merupakan dana yang dilancarkan semula pada
25 Mac 2002. Sebelum dilancarkan semula, ASM Index Fund
dikenali sebagai Kumpulan Modal Bumiputera Kedua (KMB2). Objektif
ASM Index Fund ialah untuk memberi peluang kepada pelabur-pelaburnya
menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam
jangkamasa sederhana dan panjang.
ASM Index Fund yang dibuka kepada semua kaum ini merupakan
salah satu daripada penerima dana terbaik bagi Anugerah Lipper
The Edge 2004 yang diadakan baru-baru ini. Menurut Encik
Mansoor Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, ASM MARA Unit
Trust, “ASM Index Fund telah menerima penganugerahan
Lipper sebagai Dana Terbaik bagi tempoh tiga tahun di bawah
kategori ‘Equity Index Tracking Funds. ASM Index
Fund telah mengulangi kejayannya memenangi anugerah Lipper
selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2002. ASM Index
Fund telah mencatatkan pulangan sebanyak 26.34% bagi tempoh
tiga tahun, mengatasi pulangan pasaran Indeks Komposit Kuala
Lumpur sebanyak 22.13%.”
Mansoor seterusnya menambah, “Kami di ASM MARA Unit
Trust telah merangka pelbagai strategi pelaburan yang diharap
akan dapat memberikan pulangan menarik serta prestasi yang
menggalakkan bagi ASM Index khasnya dan dana
unit amanah lain yang kami uruskan,amnya. Pada tahun ini
juga kami telah merangka pelbagai program untuk mempromosikan
dana-dana kami di seluruh Semenanjung Malaysia. Kami akan
meneruskan promosi BEEBESTARI, program khas untuk anak-anak
pelabur Dana Bestari melalui peraduan Mewarna dan Peraduan
Karaoke”.
ASM MARA Unit Trust merupakan salah satu daripada Institusi
Pengurusan Dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP
dan kini menguruskan 15 dana unit amanah yang dibuka kepada
semua kaum dan golongan Bumiputera.
Disediakan
Oleh
: Unit
Komunikasi Korporat
Tarikh
: 21
Mac 2005
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
MARINA GHAZALI
Senior Manager
Human Resource Development and Communications
Amanah Saham Mara Berhad
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my,
asmb@asmb.com.my