ASM
MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
KENYATAAN MEDIA
ASM
MARA UNIT TRUST UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN TUNAI 6.7 SEN KASAR
SEUNIT UNTUK KUMPULAN MODAL BUMIPUTERA KE SEPULUH
ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust)
telah mengumumkan pengagihan pendapatan bersih sebanyak 6.7
sen kasar seunit kepada pemegang unit Kumpulan Modal Bumiputera
Kesepuluh (KMB10). Semua pemegang unit dana tersebut sehingga
tahun kewangan berakhir 15 Oktober 2005 adalah layak untuk
menerima pengagihan pendapatan ini.
Menurut Encik Mansoor Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah
Eksekutif ASM MARA Unit Trust, KMB 10 pulangan pendapatan
pelaburan selama setahun sebanyak 6.91% setahun, iaitu pulangan
hampir dua kali ganda lebih daripada simpanan tetap di bank.
ASM MARA Unit Trust merupakan institusi pengurusan dana yang
diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada KMB10,
ASM MARA Unit Trust juga menguruskan tujuh lagi unit amanah
untuk pelabur Bumiputera sahaja, tujuh dana unit amanah umum,
iaitu Dana Al-Aiman, Dana Bestari, ASM Dana Mutiara, ASM Premier
Fund, ASM First Public Fund, ASM Index Fund, ASM Balanced
Fund serta Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB untuk pekerja
dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad dan anak syarikatnya.
Disediakan
Oleh
: Jabatan
Komunikasi Korporat
Tarikh
: 16
Oktober 2005
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
MARINA GHAZALI
Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad