ASM
MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
KENYATAAN MEDIA
PELABUR
DANA AL-AIMAN TERIMA PAMPASAN TAKAFUL
Terengganu
- ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust
hari ini menyerahkan pampasan Takaful bernilai RM78,260.87
kepada waris Allahyarham Mohd Nor @ Abd. Aziz bin Muda iaitu
pelabur Dana Al-Aiman. Pampasan takaful tersebut telah diserahkan
di Pejabat Agensi ASM MARA Unit Trust di Kuala Terengganu.
Cek pampasan Takaful tersebut telah disampaikan oleh Penolong
Pengurus Besar Pembanguan Perniagaan, Puan Noor Supiah Ahmad
kepada waris Allahyarham Mohd Nor @ Abd. Aziz bin Muda iaitu
Encik H Nizam b. Aziz. Hadir sama di majlis tersebut ialah
YB Senator Dato’ Haji Abdul Rashid Ngah dan Tuan Ahmad
Tuan Besar, Pengurus Agensi Terengganu.
Menurut Puan Noor Supiah Ahmad “ ASM MARA Unit Trust
mempakejkan lima daripada dana unit amanahnya dengan perlindungan
insurans yang dibiayai oleh ASM MARA Unit Trust. Dana-dana
tersebut ialah ASM Dana Mutiara, Dana Bestari, Dana Al-Aiman,
ASM Balanced Fund dan Amanah Saham Pekerja TNB. Selain itu,
ASM MARA Unit Trust juga menguruskan 10 dana unit amanah lain
yang dibuka kepada golongan Bumiputera dan semua kaum.”
“Pada tahun lepas ASM MARA Unit Trust telah mendapat
kelulusan daripada cek sebanyak RM363,530.16 bagi 16 kes yang
melibatkan pampasan kemalangan pelabur daripada Syarikat Takaful
Malaysia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM155,209.01
telah diserahkan kepada lapan orang pelabur dan waris pelabur.
Selebihnya iaitu sebanyak RM208,321.15 yang melibatkan lapan
kes pelabur masih belum diserahkan kepada waris pelabur kerana
kebanyakannya melibatkan kes kematian. Ini kerana ASM MARA
Unit Trust masih belum lagi menerima surat perintah daripada
waris pelabur bagi membolehkan pihak ASM MARA Unit Trust menyerahkan
cek pampasan kepada waris pelabur yang layak. Ia merupakan
satu prosedur biasa mengikut akta Harta Pusaka. Surat Perintah
ataupun Surat Kuasa biasanya boleh diperolehi oleh waris melalui
Amanah Raya atau mahkamah bagi menentukan waris pelabur jika
berlakunya sesuatu kematian terhadap pelabur.”
Bagi Pelabur Dana Al-Aiman, perlindungan takaful yang dibiayai
oleh ASM MARA Unit Trust kepada pelabur yang layak tertakluk
kepada perlindungan RM1.00 bagi setiap 1 unit yang dipegang,
tertakluk kepada perlindungan maksimum sebanyak RM200,000.00.
Perlindungan ini meliputi kematian disebabkan penyakit atau
kemalangan atau keilatan kekal seluruh tubuh badan yang disebabkan
oleh penyakit atau kemalangan .
Bagi pelabur Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB pula, perlindungan
yang dibiayai meliputi kematian disebabkan penyakit atau kemalangan
atau keilatan kekal seluruh badan yang disebabkan oleh penyakit
dengan nilai perlindungan 80% daripada nilai aset bersih.
Sementara itu 20% dari nilai aset bersih diperuntukkan untuk
perlindungan 30 penyakit-penyakit kritikal.
ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang
diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Antara dana unit amanahnya
yang diuruskannya ialah Dana Al-Aiman, ASM Dana Mutiara, ASM
Balanced Fund, ASM First Public Fund, Dana Bestari, ASM Index
Fund yang dibuka kepada umum dan tujuh lagi dana yang dibuka
penyertaanya kepada Bumiputera.
Disediakan
Oleh
: Unit
Komunikasi Korporat
Tarikh
: 17
Mac 2005
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
MARINA GHAZALI
Senior Manager
Human Resource Development and Communications
Amanah Saham Mara Berhad
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my,
asmb@asmb.com.my