ASM
MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
KENYATAAN MEDIA
ASM
MARA Unit Trust Anjur Pertandingan Bintang Karaoke BEEBESTARI
dan Pertandingan Mewarna BEEBESTARI
Kuala
Terengganu, Terengganu- ASM MARA Unit Trust Management
Berhad hari ini menganjurkan Pertandingan Bintang Karaoke
BEEBESTARI dan Pertandingan Mewarna BEEBESTARI di Dewan Planetarium,
Kuala Terengganu, Terengganu. Seramai 500 kanak-kanak yang
berusia diantara 6 hingga 12 tahun yang menetap di sekitar
Kuala Terengganu menyertai peraduan ini, manakala 20 orang
peserta Pertandingan Bintang Karaoke BEEBESTARI akan bersaing
merebut gelaran juara bagi dua katogeri yang di pertandingkan
di Pertandingan Bintang Karaoke BEEBESTARI.
Pertandingan Bintang Karaoke BEEBESTARI dan Pertandingan
Mewarna BEEBESTARI ini merupakan dua daripada lima program
BEEBESTARI yang diadakan di lokasi-lokasi terpilih di seluruh
Semenanjung Malaysia. Lima program BEEBESTARI ialah BEESMART:
seminar pendidikan, BEETOUR: lawatan ke tempat-tempat menarik,
BEEKARAOKE: pertandingan karaoke, BEEBULETIN : buletin yang
akan diedarkan kepada ahli yang memuatkan pelbagai info aktiviti
BEEBESTARI.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ASM MARA Unit Trust, Encik
Mansoor Ahmad,“ Kuala Terengganu merupakan lokasi kedua
bagi Pertandingan Bintang Karaoke BEEBESTARI dan Pertandingan
Mewarna BEEBESTARI. Selepas in ASM MARA Unit Trust akan membawa
BEEBESTARI menjelajah ke lokasi-lokasi terpilih sehingga hujung
tahun ini untuk memperkenalkan kepada orang ramai mengenai
aktiviti BEEBESTARI serta memberikan pendedahan awal mengenai
peri pentingnya di dalam unit amanah sebagai menjamin masa
depan kepada generasi muda”
Aktiviti BEEBESTARI anjuran ASM MARA Unit Trust ini turut
mendapat sokongan daripada beberapa penaja yang merupakan
nama besar di dalam industri masing-masing. Penaja-penaja
tersebut ialah ‘Utusan Publications and Distributions’,
Metrowealth, Skop Productions, VeGood, CHAMP, Steadtler dan
Darry’s. ASM MARA Unit Trust menyediakan hadiah-hadiah
utama berupa unit amanah Dana Bestari dan hamper BEEBESTARI
bagi kedua-dua pertandingan ini.
Encik Mansoor Ahmad turut menggalakkan ibu bapa melabur di
dalam Dana Bestari untuk pendidikan dan masa depan anak-anak,
dan mendaftarkan anak mereka menjadi ahli BEEBESTARI. Keahlian
BEEBESTARI diberikan secara percuma sekiranya ibu bapa melabur
dengan pelaburan minima RM1,000.00 di dalam Dana Bestari dan
bayaran RM 25.00 jika pelaburan kurang dari jumlah itu. Selain
itu para pelabur Dana Bestari juga ditawarkan perlindungan
takaful percuma bagi pelaburan sekurang-kurangnya RM1,000.00.
Jumlah perlindungan maksima adalah RM200,000.00.
Selain pertandingan yang diadakan, orang ramai yang hadir
berpeluang mendapat maklumat terperinci mengenai dana-dana
unit amanah yang diuruskan oleh ASM MARA Unit Trust.
Orang ramai yang inginkan keterangan lanjut mengenai aktiviti
BEEBESTARI boleh melayari laman web http://www.asmb.com.my
Disediakan
Oleh
: Jabatan
Komunikasi Korporat
Tarikh
: 7
Mei 2005
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
MARINA GHAZALI
Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad