ASM
MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
KENYATAAN MEDIA
ASM MARA UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN DANA AL-AIMAN 3.5 SEN SEUNIT
ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah mengumumkan pengagihan pendapatan Dana Al-Aiman bagi tahun kewangan berakhir 15 Mei 2006. Semua pemegang unit dana ini akan menerima pengagihan bersih sebanyak 3.5 sen seunit.
Di dalam tempoh setahun, Dana Al-Aiman telah memberikan pulangan pelaburan sebanyak 6.06% berdasarkan harga NAV di awal tahun kewangan sebanyak RM0.5772 seunit, pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan pulangan mudharabah sebanyak 3.5% setahun.
Menurut Encik Mansoor Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Eksekutif ASM MARA Unit Trust “ Pada tahun ini, Dana Al-Aiman, telah memenangi “The Standard and Poor Award 2006” bagi pencapaiannya selama sepuluh tahun di bawah sektor Syariah Islamik. Ia merupakan anugerah kedua yang pernah di terima oleh Dana Al-Aiman melalui The Standard and Poor Award sejak anugerah ini di anjurkan empat tahun yang lalu. Diantara 36 buah syarikat saham amanah di Malaysia, hanya empat buah syarikat saham amanah yang memenangi senarai 22 kategori yang di pertandingkan. ASM MARA Unit Trust merupakan satu-satunya syarikat saham amanah bumiputera yang memenangi anugerah berprestij itu.”
Dana Al-Aiman telah dilancarkan pada 15 Mei 1997 dengan saiz dana yang diluluskan sebanyak 200 juta unit dan dibuka kepada umum. Objektif Dana Al-Aiman ialah memberi peluang kepada pelabur-pelabur menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pelaburan di dalam saham-saham ekuiti dan pendapatan tetap yang berlandaskan Syariah.
ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada Dana Al-Aiman, ASM MARA Unit Trust turut menguruskan lapan dana unit amanah yang dibuka kepada umum iaitu ASM First Public Fund, Dana Bestari, ASM Index Fund, ASM Premier Fund, ASM Dana Mutiara, ASM Syariah Aggressive Fund, ASM Syariah Money Market Fund, ASM Balanced Fund serta menguruskan enam dana unit amanah Bumiputera dan dana yang dibuka untuk pekerja-pekerja TNB sahaja.
Disediakan
Oleh
: Jabatan
Komunikasi Korporat
Tarikh
: 16 Mei 2006
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
MARINA GHAZALI
Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad