ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
DANA AL-AIMAN MENANG ‘STANDARD & POOR AWARD 2006’
 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) melalui Dana Al-Aiman, telah memenangi  “The Standard and Poor Award 2006” bagi pencapaiannya selama sepuluh tahun di bawah  sektor Syariah Islamik baru-baru ini. Ia merupakan anugerah kedua yang pernah di terima oleh Dana Al-Aiman  melalui  The Standard and Poor Award sejak anugerah ini di anjurkan empat tahun yang lalu. Diantara 36 buah syarikat saham amanah di Malaysia, hanya empat buah syarikat saham amanah yang memenangi senarai 22 kategori yang di pertandingkan. ASM MARA Unit Trust merupakan satu-satunya syarikat saham amanah bumiputera yang memenangi anugerah berprestij itu.

Penyampaian hadiah tersebut telah di sampaikan oleh Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti kepada Encik Mansoor Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Eksekutif ASM MARA Unit Trust dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan Standard & Poors, Encik Surinder Kathpalia dan Ketua Pengarang Kumpulan The Star, YBhg Datuk Wong Sulong.

Menurut Encik Mansoor Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif  ASM MARA Unit Trust, Kemenangan Dana  Al-Aiman melalui  Anugerah Standard and Poor  tahun ini adalah melalui  pencapaian Dana Al-Aiman  selama 10 tahun di dalam kategori Equity Syariah.”

Dana Al-Aiman  telah dilancarkan pada 15 Mei  1997 dengan saiz dana yang diluluskan sebanyak 200 juta unit dan dibuka kepada umum. Objektif Dana Al-Aiman ialah memberi peluang kepada  pelabur-pelabur menikmati pulangan  yang berpatutan  secara berterusan dalam jangkamasa  sederhana dan panjang  menerusi  pengagihan pendapatan dan kenaikan modal.

Dana Al Aiman merupakan salah satu dana yang dibiayai perlindungan takaful  oleh ASM MARA Unit Trust. Kelayakan tuntutan pampasan takaful kepada pelabur Dana Al-Aiman  tertakluk kepada perlindungan RM1 bagi setiap  1 unit yang dipegang  dan  tertakluk kepada perlindungan maksimum sebanyak RM200,000.00. Perlindungan ini meliputi kematian disebabkan penyakit atau kemalangan atau keilatan kekal seluruh tubuh badan yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Sejak pelancarannya ASM MARA Unit Trust telah membiayai          pampasan takaful sebanyak RM1,020,077.81 kepada para pelabur Dana Aiman dan pewarisnya.
                                                                       
ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP.  Selain daripada Dana Al-Aiman, ASM MARA Unit Trust juga menguruskan lapan  dana saham amanah lain yang dibuka kepada umum iaitu Dana Bestari, ASM Premier Fund,  ASM Syariah Aggressive Fund, ASM Syariah Money Market Fund, ASM First Public Fund, ASM Index Fund dan ASM Balanced Fund, ASM Dana Mutiara  serta lima dana saham amanah untuk pelabur Bumiputera sahaja. ASM MARA Unit Trust  juga menguruskan  Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, sebuah dana unit amanah yang dibuka khusus untuk Tenaga Nasional Berhad.

 
Disediakan Oleh : Jabatan Komunikasi Korporat
Tarikh : -

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 


MARINA GHAZALI

Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad

Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my aniz@asmb.com.my