ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
2.2 Sen Seunit Untuk ASM First Public Fund
 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) subsidiari milik penuh Amanah Saham Mara Berhad telah mengumumkan pengagihan pendapatan kasar sebanyak 2.2 sen seunit untuk ASM First Public Fund.  Pemegang ASM First Public Fund sehingga  30 April 2006 adalah layak menerima pengagihan pendapatan ini.  Pengagihan pendapatan ini akan dibayar dalam bentuk dividen tunai dalam tempoh dua bulan daripada tarikh tahun kewangan berakhir.

Di dalam tempoh setahun ASM First Public Fund memberikan pulangan pelaburan dana sebanyak 8.56% berdasarkan nilai aset bersih pada awal tahun kewangan bernilai RM0.2337.

ASM First Public Fund   telah dilancarkan pada 1992 dengan objektif  untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur  menikmati pulangan yang berpatutan dalam jangka masa   panjang  menerusi pengagihan pendapatan (jika ada). Polisi dana   ialah untuk melabur dalam semua bentuk pelaburan yang dibenarkan dan dikenalpasti  boleh memberi peluang pendapatan terbaik untuk dana.

ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP.  Selain daripada ASM First Public Fund, ASM MARA Unit Trust turut menguruskan lapan dana unit amanah  yang dibuka kepada umum iaitu Dana Al-Aiman, Dana Bestari, ASM Index Fund, ASM Premier Fund, ASM Dana Mutiara, ASM Syariah Aggressive Fund, ASM Syariah Money Market Fund, ASM Balanced Fund serta  menguruskan enam dana unit amanah Bumiputera dan dana yang dibuka untuk pekerja-pekerja TNB sahaja.

 
Disediakan Oleh : Jabatan Komunikasi Korporat
Tarikh : 2 Mei 2006

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 


MARINA GHAZALI

Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad

Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my aniz@asmb.com.my