ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
ASM MARA UNIT TRUST UMUM 4.4 SEN KASAR BAGI KMB11
 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah mengumumkan pengagihan pendapatan kasar sebanyak 4.4 sen seunit. Semua pemegang unit dana tersebut sehingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2005 adalah layak untuk menerima pengagihan pendapatan ini.

Pengagihan kasar sebanyak 4.4 sen ini memberikan pulangan sebanyak 6.95% berdasarkan kepada nilai NAV pada awal tahun kewangan, satu pulangan yang lebih tinggi daripada pulangan simpanan tetap sekitar 3% setahun.

KMB 11 dilancarkan pada 29 Oktober 1979 dengan objektif untuk memberikan peluang kepada para pelabur mendapat pulangan yang berpatutan dan pertumbuhan modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang. Polisi dan strategi dana ini ialah untuk melabur di pelbagai portfolio pelaburan termasuk ekuiti dan sekuriti berpendapatan tetap.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ASM MARA Unit Trust, Encik Mansoor Ahmad, “Bagi tahun 2006, ASM MARA Unit Trust merancang untuk melancarkan sebuah dana dan membuka peluang kerjaya di dalam saham amanah kepada semua graduan muda dan orang ramai yang berminat menyertai bidang ini dengan menawarkan pelbagai insentif menarik.”

ASM MARA Unit Trust merupakan institusi pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada KMB11, ASM MARA Unit Trust juga menguruskan tujuh lagi unit amanah untuk pelabur Bumiputera sahaja, tujuh dana unit amanah umum, iaitu Dana Al-Aiman, Dana Bestari, ASM Dana Mutiara, ASM Premier Fund, ASM First Public Fund, ASM Index Fund, ASM Balanced Fund serta Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB untuk pekerja dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad dan anak syarikatnya.

 
Disediakan Oleh : Jabatan Komunikasi Korporat
Tarikh : 13 Januari 2006

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 


MARINA GHAZALI

Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad

Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my aniz@asmb.com.my