ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
ASM MARA UNIT TRUST UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN TUNAI KASAR 6.1 SEN SEUNIT UNTUK KMB7 DAN 6.2 SEN (KASAR) UNTUK KMB DANA PERTUMBUHAN
 

ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust) telah mengumumkan pengagihan pendapatan tunai  kasar sebanyak 6.1 sen seunit kepada  pemegang unit Kumpulan Modal Bumiputera Yang Ketujuh (KMB 7) dan 6.2 sen kasar untuk KMB Dana Pertumbuhan bagi tahun kewangan berakhir 15 Februari 2006.

KMB 7 di lancarkan pada 28 Disember 1972 dan dibuka kepada golongan Bumiputera. Objektif utama KMB 7 ialah  untuk memberi peluang kepada pelabur-pelaburnya menikmati pulangan  yang berpatutan  secara berterusan dan mencapai kenaikan modal di dalam jangkamasa sederhana dan  panjang. Pulangan pelaburan KMB7 adalah sebanyak 5.76% berdasarkan pada harga di awal tahun kewangan sebanyak RM0.9550.
 
Bagi KMB Dana Pertumbuhan, pengagihan kasar sebanyak 6.2. sen ini telah memberikan pulangan pelaburan dana sebanyak 5.87% berdasarkan pada harga awal tahun kewangan, RM0.9358. Dana Pertumbuhan juga dilancarkan pada 28 Disember 1972 dengan objektifnya untuk memberi peluang  kepada pelabur-pelaburnya mencapai kenaikan modal dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pelaburan dalam saham-saham berdaya  maju dan pengagihan  pendapatan (jika ada).

ASM MARA Unit Trust merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP.  Selain daripada KMB 7 dan KMB Dana Pertumbuhan, ASM MARA Unit Trust turut menguruskan tiga lagi dana amanah saham Bumiputra dan 9  dana amanah saham yang dibuka kepada umum iaitu; Dana Al-Aiman, Dana Bestari, ASM Index Fund, ASM First Public Fund, ASM Premier Fund, ASM Syariah Aggressive Fund, ASM Syariah Money Market Fund, ASM Balanced Fund dan Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, dana yang dibuka untuk pekerja-pekerja TNB sahaja.

 
Disediakan Oleh : Jabatan Komunikasi Korporat
Tarikh : 16 Februari 2006

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 


MARINA GHAZALI

Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad

Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my aniz@asmb.com.my