ASM INVESTMENT SERVICES BERHAD (256439-D)

(formerly known as ASM Unit Trust Management Berhad)

Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
ASM Investment Umum Unit Pecahan Untuk KMB 7 dan KMB Dana Pertumbuhan
 

KUALA LUMPUR 21 Februari 2007– ASM Investment Services Berhad (dahulunya dikenali sebagai ASM MARA Unit Trust Management Berhad) mengumumkan terbitan unit pecahan pada kadar satu (1) unit untuk setiap 10 unit kepada pemegang unit Kumpulan Modal Bumiputera Yang Ketujuh (KMB 7) dan KMB Dana Pertumbuhan bagi tahun kewangan berakhir 15 Februari 2007.
Harga nilai aset bersih (NAB) KMB 7 di awal tahun kewangan pada 15 Februari 2006 bernilai RM0.83 manakala harga NAB di akhir tahun pada 15 Februari 2007adalah RM0.932. Sebelum pengagihan unit pecahan, harga NAB adalah RM1.025 menjadikan prestasi peningkatan harga KMB 7 dalam tempoh setahun adalah sebanyak  11.22%.

KMB 7 dilancarkan pada 28 Dis 1972 dan dibuka kepada Bumiputera untuk memberi peluang kepada pelabur-pelaburnya menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dan mencapai kenaikan modal jangkamasa sederhana dan panjang.

KMB Dana Pertumbuhan yang juga dilancarkan pada tarikh yang sama, mempunyai objektif untuk memberi peluang kepada pelabur-pelaburnya untuk mencapai kenaikan nilai modal dalam jangkamasa sederhana dan panjang menerusi pelaburan dalam saham-saham berdaya maju. Pengagihan pendapatan (jika ada) adalah sampingan kepada kenaikan nilai modal.
Pada awal tahun kewangan bertarikh 15 Februari 2006, harga NAB KMB Dana Pertumbuhan adalah RM0.803 dan harga pada tahun kewangan berakhir 15 Februari 2007 adalah RM0.95. Sebelum pengagihan unit pecahan, harga NAB adalah  RM1.03. Prestasi kenaikan harga dalam tempoh setahun bagi KMB Dana Pertumbuhan pula adalah  29.06% .

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ASM Investment Services Berhad, Izaddeen Daud, “Pengagihan unit pecahan adalah satu strategi untuk meningkatkan unit para pelabur kedua-dua dana agar pelabur dapat menikmati pulangan yang lebih kompetitif dalam jangka masa panjang.”
ASM Investment menguruskan 15 buah dana unit amanah yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP.  Selain daripada KMB 7 dan KMB Dana Pertumbuhan ASM Investment  turut menguruskan tiga (3) dana unit amanah Bumiputera yang lain, sembilan dana unit amanah  yang dibuka kepada semua lapisan masyarakat berbilang kaum iaitu ASM First Public Fund, Dana Al-Aiman, Dana Bestari, ASM Index Fund, ASM Premier Fund, ASM Dana Mutiara, ASM Syariah Aggressive Fund, ASM Syariah Money Market Fund, ASM Balanced Fund dan sebuah  dana yang dibuka untuk pekerja-pekerja Tenaga Nasional Berhad sahaja.

Terbaru, salah satu dana yang diuruskan oleh ASM Investment iaitu  Dana Al-Aiman telah menerima anugerah Standard and Poor’s menerusi kategori sektor Syariah Islamik bagi pencapaian selama 10 tahun. Kemenangan ini merupakan kemenangan tiga tahun berturut –turut melalui kategori yang sama bagi Dana Al-Aiman sejak tahun 2004.

ASM Investment  merupakan subsidiari milik penuh Amanah Saham Mara Berhad (ASMB). Pada tahun ini ASMB akan menyambut ulang tahunnya yang  ke- 40
 
Disediakan Oleh : Jabatan Komunikasi Korporat
Tarikh : 08 Disember 2006

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 


MARINA GHAZALI

Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad

Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my aniz@asmb.com.my