ASM MARA Unit Trust Management Berhad (256439-D)
Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511
   
 
KENYATAAN MEDIA
 
ASM MARA UNIT TRUST SERAH CEK PAMPASAN TAKAFUL DAN PENGAGIHAN DANA AL-AIMAN KEPADA WARIS PELABUR DANA
 

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2006 -ASM MARA Unit Trust Management Berhad (ASM MARA Unit Trust), anak syarikat Amanah Saham Mara Berhad hari ini menyerahkan pampasan Takaful bernilai RM232,017.56 kepada  waris pelabur Dana Al-Aiman dan Dana Bestari serta pengagihan pendapatan Al-Aiman sebanyak RM10,624.26.
Penyerahan cek pampasan Takaful tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi ASM MARA Unit Trust/Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Saham Mara Berhad , YBhg Dato’ Kamaruddin kepada  waris  pelabur  iaitu Puan Norzida Ab. Muin, balu Allahyarham  Encik Abdullah b. Ngah. Turut hadir di majlis tersebut ialah  Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Eksekutif ASM MARA Unit Trust, Encik Mansoor Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif ASM Asset Management Sdn. Bhd, Encik Othman Muhammad dan wakil daripada Syarikat Takaful Malaysia.

Jumlah pelaburan terakhir Allahyarham Abdullah b. Ngah ialah sebanyak 284,766.70  unit di dalam Dana Al-Aiman dan pelaburannya mendapat pampasan sebanyak  RM200,000.00. Pelaburan di dalam Dana Al-Aiman di lindungi dengan Takaful yang dibiayai oleh ASM MARA Unit Trust tertakluk kepada perlindungan RM1 bagi setiap  1 unit yang dipegang sehingga perlindungan maksimum RM200,000.00. Pelaburan Allahyarham di dalam  Dana Bestari pula adalah  sebanyak 69,122.53 unit  dan waris beliau mendapat pampasan sebanyak RM32, 017.56.  Bagi Dana Bestari ini, kelayakan untuk mendapat pampasan takaful ialah minimum pelaburan sebanyak RM1,000.00 tertakluk kepada  nilai aset bersih yang di pegang. Oleh itu, jumlah keseluruhan pampasan takaful yang di perolehi oleh waris Allahyarham Abdullah b. Ngah ialah RM232,017.56.

Menurut Encik Mansoor Ahmad “Sejak daripada tahun 1997, ASM MARA Unit Trust telah membayar pampasan takaful lebih daripada RM1.0  juta kepada  pelabur dan waris pelabur. Kebanyakannya melibatkan kes kematian. ASM MARA Unit Trust mempunyai 5 buah dana yang dipakejkan dengan perlindungan insurans yang dibiayai oleh ASM MARA Unit Trust. Dana-dana tersebut ialah ASM Dana Mutiara, Dana Bestari, Dana Al-Aiman, ASM Balanced Fund dan Amanah Saham Pekerja TNB.”

ASM MARA Unit Trust juga turut mengalu-alukan orang ramai untuk melabur dalam dana unit amanah yang diuruskannya seperti Dana Al-Aiman, ASM Dana Mutiara, ASM Balanced Fund, ASM First Public Fund, Dana Bestari, ASM Index Fund, ASM Syariah Aggressive Fund dan ASM Money Market Fund  yang dibuka kepada umum dan lima buah  dana yang dibuka penyertaanya kepada Bumiputera. ASM MARA Unit Trust merupakan salah satu institusi pengurusan dana yang di luluskan untuk skim pengeluaranKWSP.

 
Disediakan Oleh : Jabatan Komunikasi Korporat
Tarikh : 18 Ogos 2006

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 


MARINA GHAZALI

Pengurus Kanan,
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi
Amanah Saham Mara Berhad

Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my aniz@asmb.com.my