|
ASM Investment Services Berhad (dahulunya di kenali sebagai ASM MARA Unit Trust) telah mengumumkan pengagihan unit pecahan sebanyak 1 unit bagi 10 unit yang di pegang oleh pemegang dana ASM First Public Fund bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2007.
Harga nilai aset bersih (NAB) ASM First Public Fund di awal tahun kewangan pada 1 Mei 2006 bernilai RM0.2172 manakala harga NAB di akhir tahun pada 30 April 2007 adalah RM0.2661. Sebelum pengagihan unit pecahan, harga NAB adalah RM0.2166 menjadikan prestasi peningkatan harga ASM First Public Fund dalam tempoh setahun adalah sebanyak 22.51%.
ASM First Public Fund telah dilancarkan pada 1992 dengan objektif untuk memberi peluang kepada pelabur-pelabur menikmati pulangan yang berpatutan dalam jangka masa panjang menerusi pengagihan pendapatan (jika ada). Polisi dana ialah untuk melabur dalam semua bentuk pelaburan yang dibenarkan dan dikenalpasti boleh memberi peluang pendapatan terbaik untuk dana.
ASM Investment Services Berhad merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada ASM First Public Fund, ASM Investment Services Berhad turut menguruskan lapan dana unit amanah yang dibuka kepada umum iaitu Dana Al-Aiman, Dana Bestari, ASM Index Fund, ASM Premier Fund, ASM Dana Mutiara, ASM Syariah Aggressive Fund, ASM Syariah Money Market Fund, ASM Balanced Fund serta menguruskan enam dana unit amanah Bumiputera dan dana yang dibuka untuk pekerja-pekerja TNB sahaja.
|