ASM INVESTMENT SERVICES BERHAD (256439-D)

(formerly known as ASM Unit Trust Management Berhad)

Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511

   
 
KENYATAAN MEDIA
 
DANA AL-AIMAN MENANG ‘STANDARD & POOR AWARD 2007'
 

14 Februari 2007 - ASM Investment Services Berhad (dahulunya di kenali sebagai ASM MARA Unit Trust) melalui Dana Al-Aiman, telah memenangi  “The Standard and Poor Award 2006” bagi pencapaiannya selama sepuluh tahun di bawah  sektor Syariah Islamik semalam. Ia merupakan anugerah ketiga  yang pernah di terima oleh Dana Al-Aiman  melalui  The Standard and Poor Award sejak anugerah ini di anjurkan empat tahun yang lalu. Diantara 36 buah syarikat saham amanah di Malaysia, hanya sepuluh  buah syarikat saham amanah yang memenangi senarai 26 kategori yang di pertandingkan.

Penyampaian hadiah tersebut telah di sampaikan oleh Timbalan Menteri  Kewangan Pertama, YBhg Dato’ Dr. Ng Yen Yen kepada Encik Izaddeen Daud, Ketua Pegawai Eksekutif  ASM Investment Services Berhad dengan disaksikan oleh Pengarah Urusan Standard & Poors, Encik Surinder Kathpalia.

Menurut Encik Izaddeen Daud, Ketua Pegawai Eksekutif  ASM Investment Services Berhad, Kemenangan Dana  Al-Aiman melalui  Anugerah Standard and Poor  tahun ini adalah melalui  pencapaian Dana Al-Aiman  selama 10 tahun di dalam kategori Equity Syariah.”

Dana Al-Aiman  telah dilancarkan pada 15 Mei  1997 dengan saiz dana yang diluluskan sebanyak 200 juta unit dan dibuka kepada umum. Objektif Dana Al-Aiman ialah memberi peluang kepada  pelabur-pelabur menikmati pulangan  yang berpatutan  secara berterusan dalam jangkamasa  sederhana dan panjang  menerusi  pengagihan pendapatan dan kenaikan modal.

Dana Al Aiman merupakan salah satu dana yang dibiayai perlindungan takaful  oleh ASM Investment Services Berhad. Kelayakan tuntutan pampasan takaful kepada pelabur Dana Al-Aiman  tertakluk kepada perlindungan RM1 bagi setiap  1 unit yang dipegang  dan  tertakluk kepada perlindungan maksimum sebanyak RM200,000.00. Perlindungan ini meliputi kematian disebabkan penyakit atau kemalangan atau keilatan kekal seluruh tubuh badan yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan. Sejak pelancarannya, ASM Investment Services Berhad telah membiayai      pampasan takaful sebanyak RM 1,316,481.09 kepada para pelabur Dana Aiman dan pewarisnya.
                                                                       
ASM Investment Services Berhad merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP.  Selain daripada Dana Al-Aiman, ASM Investment Services Berhad juga menguruskan lapan  dana saham amanah lain yang dibuka kepada umum iaitu Dana Bestari, ASM Premier Fund,  ASM Syariah Aggressive Fund, ASM Syariah Money Market Fund, ASM First Public Fund, ASM Index Fund dan ASM Balanced Fund, ASM Dana Mutiara  serta lima dana saham amanah untuk pelabur Bumiputera sahaja. ASM MARA Unit Trust  juga menguruskan  Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, sebuah dana unit amanah yang dibuka khusus untuk Tenaga Nasional Berhad.

 

 
Disediakan Oleh : Jabatan Komunikasi Korporat
Tarikh : 14 Februari 2007

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 

MARINA GHAZALI

Senior Manager
Human Resource Development and Communications
Amanah Saham Mara Berhad
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my, aniz@asmb.com.my