|
ASM Investment Services Berhad,(ASM Investment) telah mengumumkan pengagihan unit pecahan 1 unit bagi 10 unit pegangan. Semua pemegang unit KMB5 yang berdaftar pada tahun kewangan berakhir pada 15 April 2007 akan menerima pengagihan pendapatan yang diumumkan. ASM Investment dahulunya dikenali sebagai ASM MARA Unit Trust Management Berhad.
KMB5 telah dilancarkan pada 1971 dengan objektif untuk memberi peluang kepada para pelabur Bumiputera menikmati pulangan yang berpatutan secara berterusan dalam jangka masa sederhana dan panjang menerusi pengagihan modal.
Menurut Encik Izaddeen Daud, Ketua Pegawai Eksekutif, ASM Investment Services Berhad, KMB5 telah menunjukkan prestasi kenaikan harga sebanyak 24.47% berdasarkan harga NAB di awal tahun pada 16 April 2006 sebanyak RM0.27 dan harga NAB di akhir tahun sebanyak RM0.33.
ASM Investment Services Berhad merupakan institusi pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP. Selain daripada KMB5, ASM Investment turut menguruskan empat (4) dana unit amanah Bumiputera dan sembilan (9) dana unit amanah yang dibuka kepada umum iaitu Dana Al-Aiman, ASM First Public Fund, ASM Premier Fund, ASM Balanced Fund, ASM Index Fund, Dana Bestari, ASM Dana Mutiara, ASM Syariah Money Market Fund, ASM Syariah Aggressif Fund dan Amanah Saham Pekerja-Pekerja TNB, dana yang dibuka untuk pekerja-pekerja TNB sahaja.
|