ASM INVESTMENT SERVICES BERHAD (256439-D)

(formerly known as ASM Unit Trust Management Berhad)

Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511

   
 
KENYATAAN MEDIA
 
ASM INVESTMENT UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN UNIT PECAHAN DANA AL-AIMAN
 

ASM Investment Services Berhad telah mengumumkan pengagihan pendapatan Dana Al-Aiman bagi tahun kewangan berakhir 15 Mei 2007. Semua pemegang unit dana ini akan menerima unit pecahan  sebanyak satu unit bagi setiap 10 unit yang dipegang.

Harga nilai aset bersih (NAB) Dana Al-Aiman  di awal tahun kewangan pada 16 Mei 2006 bernilai RM0.54 manakala harga NAB di akhir tahun pada 15 Mei  2007 adalah RM0.66 Prestasi peningkatan harga Dana Al-Aiman dalam tempoh setahun adalah sebanyak RM0.11 atau  22.02%.
Menurut Encik Izaddeen Daud, Ketua Pegawai Eksekutif  ASM Investment Sevices Berhad. “Pada tahun ini, Dana Al-Aiman, telah memenangi  “The Standard and Poors Award 2007” bagi pencapaiannya selama sepuluh tahun di bawah  sektor Syariah Islamik. Ia merupakan anugerah keempat yang diterima oleh Dana Al-Aiman  melalui  The Standard and Poors Award sejak anugerah ini dianjurkan empat tahun yang lalu. Di antara 36 buah syarikat saham amanah di Malaysia, hanya sepuluh buah syarikat saham amanah yang memenangi 22 kategori yang dipertandingkan.”

Dana Al-Aiman  telah dilancarkan pada 15 Mei  1997 dengan saiz dana yang diluluskan sebanyak 200 juta unit dan dibuka kepada umum. Objektif Dana Al-Aiman ialah memberi peluang kepada  pelabur-pelabur menikmati pulangan  yang berpatutan  secara berterusan dalam jangkamasa  sederhana dan panjang  menerusi pelaburan di dalam saham-saham ekuiti dan pendapatan tetap yang berlandaskan Syariah.

ASM Investment Services Berhad merupakan syarikat pengurusan dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan KWSP.  Selain daripada Dana Al-Aiman,  ASM Investment turut menguruskan lapan dana unit amanah  yang dibuka kepada umum iaitu ASM First Public Fund, Dana Bestari, ASM Index Fund, ASM Premier Fund, ASM Dana Mutiara, ASM Syariah Aggressive Fund, ASM Syariah Money Market Fund, ASM Balanced Fund serta  menguruskan enam dana unit amanah Bumiputera dan dana yang dibuka untuk pekerja-pekerja TNB sahaja.

 
Disediakan Oleh : Jabatan Komunikasi Korporat
Tarikh : 16 Mei 2007

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 

MARINA GHAZALI

Senior Manager
Human Resource Development and Communications
Amanah Saham Mara Berhad
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-40453836
E-Mail : marina@asmb.com.my, aniz@asmb.com.my