ASM INVESTMENT SERVICES BERHAD (256439-D)

(formerly known as ASM Unit Trust Management Berhad)

Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511

   
 
KENYATAAN MEDIA
 
PENGAGIHAN PENDAPATAN 6.0 SEN SEUNIT UNTUK DANA AL-AIMAN
 

Dana Al-Aiman diuruskan oleh ASM Investment Services Berhad (ASM Investment). ASM Investment telah mengumumkan pengagihan pendapatan kasar sebanyak 6.0 sen seunit untuk Dana Al-Aiman. Semua pemegang unit dana ini sehingga tahun kewangan berakhir 15 Mei 2008 adalah layak untuk menerima pengagihan tersebut.

Dana Al-Aiman merupakan sebuah dana ekuiti pertumbuhan dan pendapatan dan dibuka kepada semua kaum. Objektif dana ini ialah untuk memberi para pelabur pulangan yang berpatutan dan mencapai kenaikan modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang, dengan melabur ke dalam ekuiti dan sekuriti berpendapatan tetap yang berteraskan prinsip syariah.

Dana Al-Aiman telah mencapai kenaikan modal sebanyak 6.15% berdasarkan nilai aset bersih (NAB) dana ini iaitu RM0.5969 seunit pada 16 Mei 2007 dan harga NAB RM0.6336 seunit pada tarikh kewangan berakhir pada 15 Mei 2008.

ASM Investment merupakan subsidiari milik penuh Amanah Saham Mara Berhad, salah satu daripada perintis industri pengurusan saham amanah negara. Merupakan salah satu daripada Insititusi Pengurusan Dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP, ASM Investment menguruskan 15 dana unit amanah yang aman lima daripadanya dibuka kepada Bumiputera sahaja dan lapan dibuka kepada umum, manakala sebuah dana unit amanah khusus untuk TNB yang dinamakan Amanah Saham Pekerja-pekerja TNB. ASM Investment turut menguruskan sebuah dana berstruktur, ASM Global Diversified Structured Fund.

Bagi mempastikan syarikat ini terus relevan dan berdaya saing dalam industri dan pada pelabur, ASM Investment juga merupakan IUTA (Ejen Institusi Saham Amanah) yang mana bertanggungjawab memasarkan serta mengedarkan dana unit amanah pihak ketiga.

 
Disediakan Oleh : Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi Korporat
Tarikh : 20 May 2008

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 

MARINA GHAZALI

Ketua
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi Korporat
Amanah Saham Mara Berhad
Tel       :  03-4041 7199, extn. 532
Fax      :  03-40453836
Email   :  marina@asmb.com.my