|
ASM Index Fund diuruskan oleh ASM Investment Services Berhad (ASM Investment), subsidiari milik penuh Amanah Saham Mara Berhad. ASM Investment telah mengumumkan pengagihan pendapatan bersih sebanyak 2.50 sen seunit untuk ASM Index Fund. Semua pemegang unit dana ini sehingga tahun kewangan berakhir 15 Mac 2008 adalah layak untuk menerima pengagihan tersebut
ASM Index merupakan dana yang cuba memastikan prestasi dana menyamai prestasi tanda aras pasaran saham Indeks Komposit Kuala Lumpur dan dibuka kepada semua kaum. Objektif dana ini ialah untuk memberi para pelabur pulangan yang berpatutan dan mencapai kenaikan modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang.
ASM Index telah mencapai kenaikan modal sebanyak 5.0% berdasarkan nilai aset bersih (NAB) dana ini iaitu RM0.4378 seunit pada 16 Mac 2007 dan harga NAB RM0.4597 seunit pada tarikh kewangan berakhir pada 15 Mac 2008.
ASM Investment merupakan subsidiari milik penuh Amanah Saham Mara Berhad, salah satu daripada perintis industri pengurusan saham amanah negara. Merupakan salah satu daripada Insititusi Pengurusan Dana yang diluluskan untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP, ASM Investment menguruskan 15 dana unit amanah yang aman lima daripadanya dibuka kepada Bumiputera sahaja dan lapan dibuka kepada umum, manakala sebuah dana unit amanah khusus untuk TNB yang dinamakan Amanah Saham Pekerja-pekerja TNB. ASM Investment turut menguruskan sebuah dana berstruktur, ASM Global Diversified Structured Fund.
Bagi mempastikan syarikat ini terus relevan dan berdaya saing dalam industri dan pada pelabur, ASM Investment juga merupakan IUTA (Ejen Institusi Saham Amanah) yang mana bertanggungjawab memasarkan serta mengedarkan dana unit amanah pihak ketiga.
|