ASM INVESTMENT SERVICES BERHAD (256439-D)

(formerly known as ASM Unit Trust Management Berhad)

Tingkat Bawah, Wisma ASMB,
No. 1A, Jalan Lumut,
50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4041 7199
Fax: 03-4042 6511

   
 
KENYATAAN MEDIA
 
ASM INVESTMENT UMUM PENGAGIHAN PENDAPATAN 1.25 SEN BERSIH UNTUK KMB 5
 

ASM Investment Services Berhad (ASM Investment) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 1.25 sen bersih seunit bagi dana Kumpulan Modal Bumiputera Yang Ke Lima (KMB 5).  Semua pemegang unit KMB 5 sehingga tahun kewangan berakhir pada 15 April 2008 akan menerima pengagihan pendapatan tunai ini. 

KMB 5 adalah khusus untuk Bumiputera sahaja telah dilancarkan pada 3 September 1971.  Ia mensasarkan kepada pelabur-pelabur yang mahukan kadar pulangan yang berpatutan bagi mencapai pengembangan modal dalam jangka masa sederhana dan panjang.  KMB 5 di kategorikan sebagai dana ekuiti pertumbuhan dan pendapatan.

ASM Investment merupakan subsidiari milik penuh Amanah Saham Mara Berhad, salah sebuah syarikat pelopor dalam pengurusan saham amanah negara.  Setakat ini ASM Investment mempunyai 15 dana unit amanah yang mana lima (termasuk KMB 5) daripada dana-dana unit amanah tersebut adalah dibuka kepada Bumiputera sahaja.  Sembilan dana unit amanah lagi merupakan dana yang dibuka kepada semua kaum serta satu dana khusus untuk TNB yang dinamakan Amanah Saham Pekerja-pekerja TNB.  Selain itu, ASM Investment juga menguruskan dana berstruktur iaitu ASM Global Diversified Structured Fund. 

Bagi mempastikan syarikat akan terus kekal kompetitif dan relevan di kalangan pelabur dan industri kewangan, ASM Investment juga merupakan Ejen Institusi Unit Amanah (IUTA) yang mana bertanggungjawab memasarkan serta mengedar dana unit amanah pihak ketiga. ASM Investment turut diluluskan sebagai salah sebuah daripada institusi pengurusan dana untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP.

 
Disediakan Oleh : Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi Korporat
Tarikh : 17 April 2008

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 

MARINA GHAZALI

Ketua
Pembangunan Sumber Manusia dan Komunikasi Korporat
Amanah Saham Mara Berhad
Tel       :  03-4041 7199, extn. 532
Fax      :  03-40453836
Email   :  marina@asmb.com.my